Monday, August 3, 2009

Selsema Babi

Hi pelajar IPGM Kampus Miri, 

Saya rasa terpanggil untuk memberikan pandangan tentang perkara ini. Risau perkara yang kita pandang kurang serius ini boleh memakan diri sendiri. IPGM Kampus Miri juga telah diberi rahan untuk kuarantin bermula 31.7.09 hingga 06.8.09 kerana ramai pelajar didapati kurang sihat. Semua warga institut perlu mengambil langkah-langkah yang boleh mencegah diri mereka dari terkena virus ini. Data terkini menunjukkan sudah 6 orang meninggal akibat jangkitan virus ini. Jadi mulai skg pakailah topeng muka dan jaga kebersihan diri. Cuci tangan selalu. Kalau pergi ke bandar Miri ...balik terus mandi. Jika ada orang bersin atau didapati kurang sihat jauhi diri anda dpd mereka. Nasihatkan mereka berjumpa doktor. Elakkan diri daripada berada di tempat orang ramai berkumpul...pasaraya, berkumpul untuk aktiviti sosial dll. Mereka yang ada asma, lelah dsbnya ....perlu berhati-hati. Semoga kita semua selamat daripada virus yang membawa maut ini.

1 comment:

  1. Sir, kes kematian ke-7 H1N1 dilaporkan di Miri!

    Sarawak catat kes kematian pertama H1N1
    03/08/2009 3:00pm

    KUCHING 3 Ogos — Sarawak hari ini mencatatkan kes kematian pertama kes selesema babi atau Influenza A (H1N1) membabitkan seorang wanita berusia 23 tahun di Miri, kata Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam.

    Dr. Chan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana dan Bertindak Negeri berkata, wanita terbabit meninggal dunia pukul 4 pagi ini di Hospital Umum Miri setelah disahkan positif H1N1 pada 17 Julai lalu.

    “Wanita yang baru sahaja melahirkan anak pada 20 Julai lalu disahkan meninggal dunia jam 4 pagi ini bagaimanapun keadaan anaknya stabil,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

    Dr. Chan berkata setakat ini terdapat 110 kes jangkitan tempatan dilaporkan di Sarawak selain 25 kes import dan orang ramai dinasihati agar lebih mengutamakan tahap kebersihan masing-masing.

    Katanya, setakat ini masih terdapat lima buah sekolah di Sarawak diarahkan tutup selain empat institut pengajian tinggi awam.

    — BERNAMA


    Sumber- Utusan Online Terkini

    Link:
    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0803&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_20.htm

    ReplyDelete