Tuesday, August 25, 2009

Kasih Sayang

Hi kawan-kawan,

Sejak dua minggu yang lepas saya berasa gembira dan puas hati. Pertama saya telah menyertai satu aktiviti gotong-royong di rumah orang tua Miri ( Mungkin gambar saya ada disiarkan dalam surat khabar ). Sebagai Pengerusi Sambutan Hari Bulan Sabit Merah Malaysia, Cabang Miri saya telah bersama pelajar-pelajar dari Curtin University, Miri menjalankan aktiviti membersihkan rumah tersebut. Ada juga aktiviti seperti berdansa  dijalankan. Ia nya disudahi dengan penyampaian hadiah kepada penghuni rumah tersebut dan makan tengahari bersama dengan mereka. Saya sedar bahawa satu hari nanti saya juga akan jadi tua seperti mereka...dan khuatir adakah anak-anak saya akan tinggalkan saya di sana. Tak mungkin....tapi mungkin. Oleh itu wahai orang muda...ingatlah satu hari nanti anda juga mungkin akan menjadi penghuni rumah orang tua//@@##$$%% jadi mulai hari ini tunjukkan kasih sayang anda pada orang tua anda...layan mereka dengan perasaan KASIH SAYANG supaya anda juga akan dilayan sebegitu satu hari nanti. 
Kedua, minggu lepas saya telah menyertai aktiviti Derma Darah BSMM, Cabang Miri di Bintang Plaza, Miri. Saya sempat menderma darah setelah tidak berbuat sedemikian selama 7 tahun. Saya juga telah mengisi borang untuk menderma semua organ saya bila saya tiada lagi di dunia ini. 
Harapan saya, setiap hari saya perlu lakukan satu perkara baik yang boleh menyenangkan orang lain.....

G. Selva
selva62@ovi.com

No comments:

Post a Comment