Monday, July 20, 2009

Memanusiakan Manusia

dr/Sdri yang saya hormati sekalian,

Banyak yang kita telah bincangkan tentang PPSMI. Saya juga terpanggil untuk membicarakan satu lagi perkara yang tidak harus kita lupakan iaitu "Memanusiakan Manusia". Nampaknya sejak kebelakangan ini banyak perkara yang berlaku di negara kita ini yang kita rasakan manusia cuba mengambil kesempatan di atas penderitaan manusia yang lain. 

Beberapa contoh yang boleh saya berikan :-

1. Baru-baru ini isteri saya berkunjung ke satu pasaraya utama di Miri untuk membeli barang keperluan rumah. Biasanya di pasaraya itu jika membeli barangan melebihi RM 20.00 (tak salah saya), maka tempat letak kerata dalam kawasan pasaraya itu adalah percuma. Pada saya ini merupakan satu strategi yang baik kerana di samping menarik pelanggan ia juga memberikan kemudahan/menjaga kebajikan penggan. Tetapi sekarang pula isteri saya kata, kita perlu bayar kupon tempat letak kereta terlebih dahulu dan menebus bayaran itu semasa membeli barangan dalam pasaraya tersebut kemudian. KAN INI MENYUSAHKAN PELANGGAN? Berapa orang yang terfikir untuk membuat penebusan tersebut? Mungkin juga ada yang akan membuang atau meninggalkan sahaja kupon itu di dalam kereta semasa membeli belah. Jadi, saya rasakan ini merupakan satu lagi strategi orang kaya mencari keuntungan yang berlipat kali ganda. Banyangkanlah satu hari 500 kenderaan memasuki kawasan pasaraya tersebut dan
hanya 200 orang sahaja menebus kembali wang bayaran tempat meletak kenderaan. Kalau sehari dia untung RM 300...sebulan ?? setahun?? sepuluh tahun??? 

2. Kita semua sedia maklum tentang konsep permintaan dan penawaran dalam ekonomi. Jka permintaan bertambah dan penawaran berkurangan maka harga produk akan meningkat. Apa yang berlaku sekarang dalam keadaan rakyat susah hati, ada golongan peniaga yang mengambil kesempatan. Baru-baru ini saya ke farmasi untuk membeli topeng muka kerana maklumlah di sekolah pun ramai pelajar kurang sihat. Tapi saya terperanjat apabila topeng muka yang berharga 50 sen menjadi RM 1.00 dan RM1.50 menjadi RM 3.00. Saya tanya kenapa harga naik? Peniaga tu kata "Oh. Tiada stok". Jadi apakah ini ada kaitan dengan konsep 'Kemanusiaan' . Kenapa perlu naikkan harga walaupun stok kurang. Saya pasti masa, bahan dan tenaga kerja yang diguna sama. Apa salahnya kekalkan harga yang sama dalam keadaan rakyat susah. Ini tidak mengambil kesempatan di atas kesusahan rakyat dengan mengatakan ianya strategi perniagaan. 

Saya rasa manusia harus sedar dan kembali ke pangkuan jalan. Jangan mengambil kesempatan di atas penderitaan manusia lain. Contohnya bila kejadiaan tanah runtuh, kita patut menolong mangsa itu dengan menghulurkan bantuan makan-minum, pakaian dan tempat tinggal. Bukannya menghulurkan kad perniagaan dan kata "Saya jual rumah dengan harga murah' atau ' Berapa nak jual kawasan tempat tinggal anda...Ada buyer sanggup beli". 

Sekian.

1 comment:

  1. Saya sangat gembira kerana berpeluang untuk berinteraksi secara maya dengan encik. Saya dengan bangganya memaparkan link encik pada Blog saya untuk tatapan rakan sepengajian yang lain. semoga kita dapat berkongsi maklumat dengan lebih mudah!! -daridermaga.blogspot.com

    ReplyDelete