Monday, July 20, 2009
Memanusiakan Manusia
Banyak yang kita telah bincangkan tentang PPSMI. Saya juga terpanggil untuk membicarakan satu lagi perkara yang tidak harus kita lupakan iaitu "Memanusiakan Manusia". Nampaknya sejak kebelakangan ini banyak perkara yang berlaku di negara kita ini yang kita rasakan manusia cuba mengambil kesempatan di atas penderitaan manusia yang lain.
Beberapa contoh yang boleh saya berikan :-
1. Baru-baru ini isteri saya berkunjung ke satu pasaraya utama di Miri untuk membeli barang keperluan rumah. Biasanya di pasaraya itu jika membeli barangan melebihi RM 20.00 (tak salah saya), maka tempat letak kerata dalam kawasan pasaraya itu adalah percuma. Pada saya ini merupakan satu strategi yang baik kerana di samping menarik pelanggan ia juga memberikan kemudahan/menjaga kebajikan penggan. Tetapi sekarang pula isteri saya kata, kita perlu bayar kupon tempat letak kereta terlebih dahulu dan menebus bayaran itu semasa membeli barangan dalam pasaraya tersebut kemudian. KAN INI MENYUSAHKAN PELANGGAN? Berapa orang yang terfikir untuk membuat penebusan tersebut? Mungkin juga ada yang akan membuang atau meninggalkan sahaja kupon itu di dalam kereta semasa membeli belah. Jadi, saya rasakan ini merupakan satu lagi strategi orang kaya mencari keuntungan yang berlipat kali ganda. Banyangkanlah satu hari 500 kenderaan memasuki kawasan pasaraya tersebut dan
hanya 200 orang sahaja menebus kembali wang bayaran tempat meletak kenderaan. Kalau sehari dia untung RM 300...sebulan ?? setahun?? sepuluh tahun???
2. Kita semua sedia maklum tentang konsep permintaan dan penawaran dalam ekonomi. Jka permintaan bertambah dan penawaran berkurangan maka harga produk akan meningkat. Apa yang berlaku sekarang dalam keadaan rakyat susah hati, ada golongan peniaga yang mengambil kesempatan. Baru-baru ini saya ke farmasi untuk membeli topeng muka kerana maklumlah di sekolah pun ramai pelajar kurang sihat. Tapi saya terperanjat apabila topeng muka yang berharga 50 sen menjadi RM 1.00 dan RM1.50 menjadi RM 3.00. Saya tanya kenapa harga naik? Peniaga tu kata "Oh. Tiada stok". Jadi apakah ini ada kaitan dengan konsep 'Kemanusiaan' . Kenapa perlu naikkan harga walaupun stok kurang. Saya pasti masa, bahan dan tenaga kerja yang diguna sama. Apa salahnya kekalkan harga yang sama dalam keadaan rakyat susah. Ini tidak mengambil kesempatan di atas kesusahan rakyat dengan mengatakan ianya strategi perniagaan.
Saya rasa manusia harus sedar dan kembali ke pangkuan jalan. Jangan mengambil kesempatan di atas penderitaan manusia lain. Contohnya bila kejadiaan tanah runtuh, kita patut menolong mangsa itu dengan menghulurkan bantuan makan-minum, pakaian dan tempat tinggal. Bukannya menghulurkan kad perniagaan dan kata "Saya jual rumah dengan harga murah' atau ' Berapa nak jual kawasan tempat tinggal anda...Ada buyer sanggup beli".
Sekian.
Wednesday, July 15, 2009
Falsafah Pendidikan Guru. (FPG)
Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN), Falsafah Pendidikan Guru yang dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada matlamat dan pendidikan guru:
“guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi Negara serta menyanjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan Negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.”
Matlamat Pendidikan Guru
Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Guru yang tersebut di atas, maka matlamat pendidikan guru ialah menghasilkan guru yang berkualiti dari segi peribadi, professional, social dan amalan tingkah laku; menguasai ilmu, kemahiran dan amalan nilai-nilai keguruan, serta berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan untuk pengisian tuntutan Wawasan Pendidikan dalam abad ke-21.
Model Konseptual Pendidikan Guru
Model Konseptual Pendidikan Guru adalah dirangka berlandaskan kepada dasar Falsafah Pendidikan Guru dan Matlamat Pendidikan. Model ini merangkumi akauntabiliti guru di bawah tiga dimensi utama, iaitu:
- Ketuhanan : peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu berterasakan kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama.
- Kemasyarakatan : penekanan peranan guru sebagai pendidik, pemimipin dan agen perubahan.
- Kendiri : penekanan pembinaan daya kefahaman dan patriotism, pemupukan budaya ilmu serta pembentukan sahsiah murni dan berpekerti mulia.
Di bawah tiga dimensi utama tersebut, Model Konseptual Pendidikan Guru ini merangkumi tiga aspek asas, iaitu :
- Pengetahuan yang berkaitan dengan perkembangan dan kepentingan pendidikan dalam kehidupan.
2. Kemahiran ikhtisas yang merangkumi kemahiran menggunakan bahan-bahan pelajaran dengan tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
3. Nilai yang merujuk kepada amalan nilai-nilai murni, perlakuan guru yang penyayang, berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotic, inovatif, kreatif dan patuh kepada etika profesion keguruan.
Ketiga-tiga aspek ini disepadukan dan merentas semua disiplin dan program perguruan yang dirancangkan.
Disamping itu Model Konseptual Pendidikan Guru juga menekankan matlamat mengembangkan potensi guru secara seimbang dan bersepadu dari segi rohani, emosi, intelek dan jasmani
Implikasi Falsafah Pendidikan Guru :
Perana Guru sebagai Pendidik
- Guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajran, khasnya mata pelajaran KBSR, serta pengetahuan ikhtisas keguruan.
- Mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Guru, khasnya mengembangkan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
- Menyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada diri dan pelajar selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Guru.
- Menyempurnakan tanggungjawab dan akauntabiliti sebagai insane guru yang sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan masa depan.
- Menggunakan ilmu dan kemahiran mendidik serta nilai keguruan untuk merangsang perkembangan pelajar.
Monday, July 13, 2009
How To RELAX
Seven mini relaxations
1. Neck and shoulders release:
Take a deep breath in and bring your attention to your head, neck and shoulders; hold, then exhale gently. Breathe in again and gently raise your shoulders toward your ears. As you breathe out~ imagine all th~ tension in your neck, shoulders and back leaving tluough this breath. Allow your shoulders to drop slightly with your exhale. Repeat.
2. Counting the breath:
Inhale to the count of six, taking a slow, deep breath. Hold...then, breathe out, slowly. to the count of six. repeat. Breathe in and out through your nose.
3. Cleansing breath:
Step 1; Inhale slowly through YOl.tr nose to the count of six, exhale through your mouth, and as you exhalc, blow as if you are ever-50-slowly blowing out a candle, so it flickers but doesn't' go out. Repeat. Step 2: Inhale slowly through your nose to a count of six; then exhale through your mouth, strongly blowing out the imaginary candle, blowing out as much held tension as you can.
4. Body scan:
Using your mind, take an inventory of your body, moving your attention slowly from your head to your feet in a wave. Notice any areas of tightness or tension. As you exhale, allow the areas of tension or pain to soften and release. Inhale and repeat.
5. Tense, hold, release:
Breathe in and tense all the muscles you can at once. Hold your breath, then slowly breathe out, letting all the tension go. Repeat this several times. NOTE: This exercise is nOI recommendedfor fibromyalgia patients. or other chronic musc/u/oskelctal pain.
6. Relaxing sigh:
Sit or stand up straight Breathe in, and hold. Exhale, sighing deeply; exaggerate the "Sigh of Relief' as the air rushes from your body: "Ahhhhh " Repeat.
7. Four step quieting reflex:
Step 1: Notice what is upsetting you, Step 2: Repeat a calming affinnation to yourself: "Alert mind. Calm body." Step 3: Smile inwardly to soften your face and jaw tension. Step 4: Inhale slowly to a count of three, imagining the breath coming in through the bottom of your feet. Exhale slowly, and allow your jaw, tongue and shoulder muscles to go limp.
Monday, July 6, 2009
Membantu Kanak-Kanak Membaca
Membentuk Kemahiran Membaca Kanak-kanak
TUESDAY, 26 MAY 2009 20:33
Oleh Zahir Zainudin
Kata orang bijak pandai, “Kunci untuk mendapat pengetahuan adalah daripada pembacaan dan penulisan.” Kepada kanak-kanak, keupayaan membaca dan menulis sejak dari usia tiga tahun merupakan satu kelebihan kepada diri sendiri dan kebanggaan kepada keluarga.
Minat membaca kanak-kanak ada kaitan rapat dengan keupayaan mereka berbahasa. Secara umumnya, kanak-kanak boleh membaca dengan lancar akan suka pada buku seterusnya menjadikan aktiviti membaca sebagai satu hobi yang menarik.
Kanak-kanak patut diajar membaca ketika kecil lagi.
Ketika berusia 18 bulan, kanak-kanak sudah boleh diperkenalkan kemahiran membaca secara beransur-ansur. Unsur utama yang perlu diberi penekanan ialah kesedaran umum mengenai bunyi-bunyi perkataan dan penggunaannya dalam situasi seharian. Contohnya perkataan “mama” dan “papa.” Kedua-dua perkataan ini boleh ditulis dan diperkenalkan kepada kanak-kanak kerana kekerapan penggunaannya.
Apabila kanak-kanak meningkat usia 3 hingga 4 tahun, mereka sebenarnya berada dalam peringkat pembinaan bahasa yang pesat. Menurut para pengkaji perkembangan kanak-kanak, perkembangan menyeluruh kanak-kanak ialah galakan untuk perkembangan fizikal, mental, emosi, sosial dan bahasa.
Period yang paling kritikal untuk memperkenalkan kemahiran membaca kepada kanak-kanak ialah 0 hingga 3 tahun. Ibu bapa atau guru yang bijak akan sensitif dengan perkembangan kanak-kanak pada masa ini kerana :
- Umur 1 ½ hingga 3 tahun adalah peringkat yang paling sesuai untuk belajar dan mengingat maklumat. Kanak-kanak yang diberi kemahiran membaca pada peringkat usia ini akan menyerap jauh lebih banyak pengetahuan berbanding kanak-kanak yang tidak tahu membaca.
- Semasa membaca, selalunya kita akan mengingat perkataan yang disebut serentak dengan perkataan yang bertulis. Begitulah juga kanak-kanak. Jika berusia 3 tahun dapat membaca, tentulah kemahiran membaca akan mempercepatkan proses pemahaman bahan bacaan yang dibacanya.
- Kanak-kanak sangat lasak ketika berumur 2 hingga 3 tahun kerana mereka sangat dahagakan pengetahuan. Ibu bapa atau guru dapat mengesan perubahan ini dengan mengamati pertanyaan kanak-kanak seperti, “Ni apa?” atau “Apa tu?” Ujian menunjukkan kanak-kanak sejak dari umur 2 hingga 12 tahun bertanya sehingga 80 peratus daripada percakapan mereka. Apabila ke sekolah menengah, pertanyaan telah berkurangan sehingga 40 peratus.
Kanak-kanak belajar membaca ketika masih kecil biasanya lebih cepat bertindak dan lebih faham membaca berbanding kanak-kanak yang belajar membaca semasa di sekolah. Sebabnya ialah kanak-kanak belajar membaca dengan senang hati dan memahaminya seperti mendengar orang bercakap manakala kanak-kanak di sekolah belajar membaca dengan perasaan takut dan membaca diajar sebagai mata pelajaran yang berasingan.
Masalah yang menghalang minat membaca kanak-kanak
Setiap ibu bapa dan guru sememangnya mengingini kanak-kanak yang dapat membaca dengan lancar dan cepat. Bagi pelajar-pelajar di sekolah rendah, mereka tidak dapat memahami apa yang disampaikan oleh guru disebabkan salah satunya kerana lemah keupayaan membaca. Antara masalah yang sering membantutkan proses pembahasaan dan pembacaan kanak-kanak dan para pelajar ialah :
- Tidak dapat membezakan bentuk, kedudukan, nama, turutan abjad dan sebutan huruf yang dilihat.
- Tidak dapat mengingat ciri dan atribut huruf.
- Tidak dapat mengaitkan sebutan setiap abjad apabila diadunkan menjadi suku kata dan perkataan.
- Pengamatan penglihatan yang bercelaru apabila melihat perkataan tersusun rapi.
- Tidak dapat membezakan bunyi huruf dalam ejaan kerana abjad tidak berkaitan langsung dengan sebutan.
- Keliru dengan huruf seperti b dengan d, g dengan j dan j dengan z.
- Tidak dapat bezakan simbol-simbol huruf.
- Tidak dapat menterjemahkan bahasa baku kepada bahasa loghat untuk mengetahui tujuan dan maksud.
Kesan tidak tahu membaca
Tidak tahu membaca akan memberi masalah. Bermula dari awal lagi, masalah ini berlarutan sehinggalah mereka dewasa. Keadaan ini tentulah mempengaruhi keupayaan untuk bersaing dan berjaya dalam hidup.
Pengaruhi minat belajar. Kesan yang agak ketara ialah dari aspek psikologi seperti rasa rendah diri, kurang yakin dan cepat mengalah. Kajian yang dijalankan oleh Universiti Yale menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai kepercayaan diri yang terhad tidak dapat menyesuaikan diri dengan baik di sekolah rendah dan situasi-situasi yang baru. Mereka juga sukar belajar menulis dan membaca berbanding dengan rakan-rakan sekelas yang lain.
Tidak mahu belajar. Bagi mata pelajaran yang sukar seperti sains dan matematik, mempelajarinya adalah suatu bebanan. Lama-kelamaan timbul rasa jemu dan terus tidak lagi minat untuk belajar. Bukan sahaja sains dan matematik tetapi mungkin semua mata pelajaran.
Belajar dalam keadaan tertekan dan tidak khusyuk. Tanpa kata-kata pujian dan rangsangan, proses belajar akan berada di bawah tekanan dan hilang keseronokan. Apa yang berlaku, kanak-kanak belajar kerana takut dan dipaksa bukannya kerana hendak belajar.
Kurang motivasi dan semangat berlumba-lumba. Apabila tidak dapat membaca dan memahami perkataan, keinginan untuk membaca perkataan-perkataan seterusnya akan menurun dan mengurang. Keadaan ini tentulah merugikan diri mereka sendiri dan ibu bapa terpaksalah memujuk supaya semangat dan minat untuk membaca dapat dipulihkan kembali.
Bagaimana kanak-kanak belajar membaca ?
Pelbagai kaedah yang digunakan oleh kanak-kanak untuk mempelajari bahasa mengikut peringkat umur.
0 hingga 2 ½ tahun
- mula mengetahui dan memahami bahasa yang dipertuturkan oleh ibu bapa ketika berusia 18 bulan.
- belajar bahasa dengan mengumpul perkataan.
- kaedah belajar ialah melalui rangsangan deria pendengaran secara langsung dan tidak langsung.
- rangsangan membaca ialah memperkenalkan buku-buku yang mengandungi banyak gambar dan berwarna-warni.
- kosa kata berkembang sehingga 270.
2 ½ hingga 4 ½ tahun
- peringkat kritikal dalam proses belajar bahasa.
- terbentuk satu unit bahasa dalam otak secara berasingan.
- perkembangan bahasa akan membantu perkembangan mental dan sosial.
- kanak-kanak belajar membaca dengan memperkenalkan huruf bersama gambar.
- pada peringkat ini, kesediaan membaca masih belum terbentuk sepenuhnya dan ibu bapa harus
- bersabar semasa membimbing anak-anak mereka.
- mampu mengingat sehingga 1500 kota kata.
4 ½ hingga 7 tahun
- perkembangan otak memasuki fasa terakhir.
- kanak-kanak sudah menunjukkan minat dan kesediaan membaca dengan mengenali banyak perkataan dan suka bertanya serta melihat gambar.
- corak pengajaran ialah mendedahkan kepada persekitaran seperti membezakan bunyi-bunyi binatang atau kenderaan; cara ini dapat melatih kanak-kanak meningkatkan daya pendengaran mereka.
- mampu mengingat sehingga melebihi 4500 kosa kata.
- Walau bagaimanapun sesetengah kanak-kanak masih belum dapat membaca biarpun umur semakin meningkat. Keadaan ini mungkin disebabkan mereka tidak memahami tahap-tahap pengajaran bahasa yang betul.
Membantu kanak-kanak membaca
Mengajar kanak-kanak berminat dengan membaca adalah sangat penting. Terdapat beberapa panduan yang mudah bagi melaksanakan usaha anda.
- Jadikan membaca satu tabiat. Jemput kanak-kanak membaca dengan anda setiap hari. Bantu anak anda membaca dari kiri ke kanan dan memahami setiap perkataan yang dikatakannya, dari satu perkataan ke satu perkataan.
- Bacakan buku yang sukai kanak-kanak berkali-kali. Mereka akan mempelajari perkataan baru dan mengingat cerita yang mereka sukai. Seterusnya akan diceritakan kepada rakan-rakannya pula.
- Bacakan cerita dengan rentak perkataan yang berkaitan dan ulang beberapa kali. Contohnya perkataan "terkejut." Tunjukkan bagaimana mimik muka dan nada suara "terkejut" kepada anak anda. Tunjukkan perkataan demi perkataan sepanjang sesi membaca berkenaan.
- Bincangkan perkataan baru dan buatkan mereka bermain-main dengan perkataan itu. Contohnya: Rumah yang besar ini adalah istana. Siapa yang kamu fikir akan tinggal di istana?
- Jika ada gambar, tanya apa yang dilihat dan kaitannya dengan cerita berkenaan.
- Bacakan buku yang mempunyai pelbagai jenis cerita kanak-kanak seperti kisah sirah nabi, kamus bergambar, puisi dan buku-buku bermaklumat yang bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak.